April 2, 2009

|The Ride|



train, originally uploaded by eddieputera.

February 28, 2009

Foursome on the sofa



4some, originally uploaded by eddieputera.

It was Friday, and nothing much to do. We decided to lepak on the sofa. All 4 of us.

February 19, 2009

The Night I Slept on the Sofa

Me : I go out for a while ah. Teh Tarik with Friends
Wife : Always go out. Siang malam pun nak keluar

We Fought

Me : Then I do what at home ? Ok lah, watch ESPN
Wife : Cannot, am watching AFC

We Fought

Me : I take photolah lah, practice camera
Wife : Work oso camera, at home oso play with camera

We Fought

Me : Okalaaaaa… I take your photo lah.
Wife : Take nicely ah…

101

Me : How ?
Wife : Eeee.. your camera so lousy lah. Make me look so old. Ada wrinkles lagi… eeee

We Fought

Me : Yer lah, you pun bukannya muda sangat pun. Not my camera’s fault lah..
Wife : £%”$”^^”%”$!$”$

Me sleep on the sofa that night .. sighhhh !!!

January 30, 2009

What do you do ?

People, just a short one today. I have a question. What do you do if you have only your spouse to spend time with on a weekend ?

With not much time to fly to Paris or London for tea ?

With not many things to shop for at Pavilion ?

With not much things to do at home ?

With not much on TV ?

Some will say, “apa lagi …. berdakapan dalam bilik lah..” 

Some will say, “tidur ah..lagi best..”

Some will say, ” layann DVD lah “

But try this, try walking the steets of KL.  let’s go walk walk ,see see ,eat air in KL… It’s fun I tell ya.

January 25, 2009

Am back Blogging

It might be the Tun’s interview on TV1 a few days back, it might be the cravings or it’s probably just the hormones ( or the lack of it ) is acting up on me again. So here I am blogging again after 3 months of absence from the blog world. 

I’ve decided wordpress would host this blog this time around cause I ain’t got no time to fiddle with the codes to have it on adiejin’s server. And owh, before I forgot, don’t count on this blog to have regular updates like before. To promise a weekly update would be a straight-into-the-face-bullshit from me, a monthly one would be a little more realistic.

I’ll start  with my cliche post today, Let’s do Anwarism. hehe..nah, he’s not worthy of my time. There’s only so much a man can bullshit and somehow I think War Brahim is running out of shit to bull…or shall I say, willing bulls that he can shit on…but then who cares.

This year the blog is gonna be more pictorial that wordirial ( don’t bother looking that word up, I just made it ).  It simply means that there’ll be less writing and more pictoring from me ( another word I made up ). Makna nya banyak posting gambar lah…ish…

Therefore, I’ll end my 2009’s inaugaral posting with some pics taken last weekend…Sigh another cliche post. Have a nice weekend and long break from work people…tara..

November 9, 2008

Puisi Si Jin Tua

BILA MULUT LETIH BERCAKAP

BILA MULUT LETIH BERCAKAP

 

Bila mulut letih bercakap

kehujung dunia kulempar serpihan

Tidak mahu kukutip pada lantai

 

Biar melekit tapak kaki berjalan

Biar menusuk bau hamis payau

Biar sakit hujung mata yg melihat

 

Dan bila juga mulut letih bercakap

Tangan juga kubendung malas

 

Biar kaki memilih haluan

Biar kederat merintis panduan

Biat keringat mengusap pipi tua ku

 

Bila mulut letih bercakap

dan bila juga mulut letih bercakap

Mulut ini ku ketap bisu

adiejin 2008

October 26, 2008

Kifarah

 

Kita selalu minta doa pada Tuhan supaya kita hidup senang, rezeki banyak, tak der masalah dalam hidup, dijauhkan bala atau bencana dan supaya dikurniakan segala kesenangan dalam urusan kita. Dan jika dimakbulkan segala yang kita minta itu, maka kita pun gembira dan begitu lapang rasa dalam dada.

 

Dan sebab Tuhan kita ni memang berkuasa dan Dialah yang paling ultimate, terkadang, Dia rasa Dia nak beri pada sesetengah manusia yang dia pilih itu, segala kemewahan yang ada dalam dunia. Dan dalam masyarakat kita memang ramai yang jadi antara yang terpilih untuk kecapi kemewahan luar biasa ini.

 

Maka kita akan lihat lah dengan mata kepala kita sendiri, kita jadi living witness to all these rich and richness that these people possessed. Lalu kita jadi mual dan mahu muntah sebab kita yang tak berapa cerdik ni, tak paham melihat gelagat mereka. Mereka anjur majlis besar besar, mereka cium cium pipi bila bersalaman tak kira jantan betina, tak kita bini orang atau laki orang. Yang lagi pelik, si Laki pi cium bini kawan dia, kawan dia cium bini dia depan semua orang yang ada kat situ. Tak haram jadah ke namanya tu ? Siapa yang nak rasa aku punya terajang, cubalah cium pipi bini aku masa salam salam ni. Kalau aku cium bini korang, silakan cepuk kepala aku, aku rela tadah.

Yang lagi pelik kalau anak anak dia orang kahwin, dia orang sanggup panggil tok Imam dari serata dunia untuk baca doa, dan bayar upah anak anak tahfiz baca selawat masa pengantin berarak. Lepas habis doa dan selawat depa panggil Madonna pulak menyanyi pakai baju yang dekat dekat nak nampak tetek. Lagi haram jadah punya hal.

Semua ni ada dalam masyarakat kita dan yang sebab orang orang yang kononnya cerdik pandai dan kaya raya ini buat, kita pun rasa benda ni betul dan tak salah. Si bini boleh naik satu kerata ramai ramai dengan laki orang pergi makan makan, kalau si bini jadi boss, dia boleh suruh laki orang yang kerja satu pejabat tolong bawak kereta keluar makan ker pergi meeting ker. Tak salah kata mereka sebab kawan sepejabat, bukan salah pun sebab boss yang buat. Kalau boss buat, tak mungkin salah sebab boss selalunya pandai dan berilmu. Kalau tidak takkan dia jadi boss. Kelam kabut sungguh. Apa jadi kalau terserempak dengan orang yang kenal. Lagi teruk kalau si bini ni tak mintak izin dengan laki dia dan laki dia dapat tahu. Tak kiralah kalau it is really just an innocent outing ker apa ker, tapi fitnah yang mungkin tersebar boleh jadi porak puranda rumah tangga. Siapa yang untung ? si Setan haram jadah yang untung sebab musnah lagi sebijik masjid atas dunia nih. Siapa yang pandai, si Setan…siapa yang kena ?? mari kita lihaaattt…siapa yang kenaaa…

 

Dulu dulu, aku memang ikut sangat telunjuk Setan. Apa yang Setan suruh, aku buat, apa Tuhan suruh, aku bangkang. Rezeki aku ada jugak..tak putus putus walaupun satu pun dari hukum hukum yang Tuhan fardukan, aku tak buat. Aku tak pernah puasa, aku sembahyang bila aku nak tunjuk kat orang yang aku sembahyang.

 

Then, entah macamana, Tuhan terbalikkan hati aku. Dari 100% jahanam carca marba kepada sedikit sedikit di nampakkan dan dibukakan Addin. Aku mula cari ilmu, aku baca buku, aku tanya orang orang alim dan bijak pandai. Aku kaji asal usul kejadian manusia, aku selami bab bab hakiki dan Tuhan mula jatuhkan kifarah atas diri aku. Kifarah2 yang aku bayar dengan airmata, kesakitan, kesedihan, kesusahan dan macam macam bala. Tuhan buka hati dan mata aku untuk tunjuk segala yang memualkan dalam masyarakat, Tuhan beri aku sedikit ilmu untuk nampak apa yang Dia tak suka dan marah.

 

Aku hafal mungkin 3 4 surah saja, yang aku ulang ulang baca dalam sembahyang, balik balik Qulhuwallah, balik balik Qulanuzubirabbinas..heheh hampas haku nih. ( nak hafal yang lain lain masih amat payah sebab dah tua dan otak dah tak berapa senang nak hafal ) tapi Tuhan kasik aku sedikit rahmat, walaupun itu aja yang aku baca, aku dapat ketenangan. ( Tapi kalau aku semayang Marghrib kat surau public, aku akan sembahyang tepi dinding. Takut ada kutu nak jadi makmum, tepuk bahu aku suruh jadi Imam. Sure aku gelabah giler sebab ‘vocab’ ayat ayat Quran terlalu limited untuk dibaca lepas Fatihah .. keh keh keh ) Nasib baik Pak mertua aku tak pernah suruh jadi Imam Marghrib ker Isyak ker..kalau tidak masak aku, pecah ler tembelang aku. Kalau subuh lagilah panic sebab tak hafal doa Qunut. Keh keh keh

Anyway, sebagai penutup cerita, kalau kita nak ikut jalan Addin, cuba sedaya upaya ikut 100%. Bukan ambik sini ambik sana sikit sikit. Bukan ambik yang kita rasa kita nak saja, yang kita tak nak, kita tolak. Guna akal yang ada, fikir bebaik. Timpal akal waras kita ini dengan ilmu supaya jalan hidup kita okay dan man man kata orang Cina. Kalau kita kena langgar motosikal masa lintas jalan, luka dan lebam kita itu ialah Kifarah yang Tuhan suruh bayar dimuka bumi, sebab Dia tak nak hukum kita di akhirat. Dia kasi kita sakit atau susah sebab selalunya kalau kita sakit mulut kita akan cakap

“adoi ya Allah..sakitnya kepala aku….”

Sebab kita tak pernah cakap

“Yaaaaayy Ya Allah..tak sakitnya kepala akuuu…best nya Ya Allah…”

Sebab kita selalu cakap

“Best siuts….hari ni best sungguh….semua kerja beres “ … heheheh…

P/S.. Tok Guru aku cakap kalau kita sungguh sungguh merayakan perayaan keagaaman agama selain Islam, kita will be in beeeggg trouble. Big time punya kena Tiaw kat akhirat nanti. Wallahualam.

October 16, 2008

Satu Hari Di Jalan TAR

Hello again people. Some of you might noticed that I have not been posting that many pictures here since a couple of months ago. Since my favourite Canon 30D camera got stolen when some smart ass broke into our house, I was like so malas to take photos.

But then, I was not without a decent camera for long. Last week, me and wifey thought it will be a good idea to go to the movies and catch a midnight show or something. And then there was this camera shop yang tak reti nak tutup kedai even at 10.30 pm. Since it was the only store that opened that late, we went in to look2 see2. Then the smart guy named Steven ( why are there so many Stevens in town ? ) convinced me that without a DSLR camera is like living without a soulmate. Bengongs.  We end up buying one, end of story. Masa movies I cannot wait to go home and play with my new toy…

So the very next day, off I went for jalan2 snap2 trip and I thought Jln TAR would be cool to relearn some shooting techniques that I have forgotten. The gambars that came out ? boleh lah, not as good as I would want em to be, but boleeehhlahh…

CAPTURED THROUGH MY LENSES

 

 

Mohammed : Tension aku suits. Boss aku cam suit jer. Semalam aku kerja 2 shift, hari ni dia suruh aku kerja pagi lagi..Sorry ler bro, wa cabut ah…

Naina : Kau tak per…aku lak lagi stress. Semalam ntah mana datang ramai sungguh kat kedai aku kerja tuh. Banyak songel lah melayu melayu ni. Minta telur tiga suku, aku bagi telur masak. Padan muka. Teh tarik nak kurang manis lah, kurang susu lah..lagi tension suits.. Pening ah. Balik Bangla kawin lagi best.

Abdool Razak : Melayu menang cerewet ah..Ada makcik tu semalam, dia yang salah order, aku lak kena..Mana aku paham dia nak apa … Aku buat tak tau jer..Rasa cam nak ludah ker air teh dia..Macam India betul.

Naina : Kau bebaik Abdool..awek si Mohammed tu India ko tau tak ? Kerja kedai dobi sebelah kedai aku…Hari hari Mohammed kasik Teh Ais free.

Mohammed : Mana ada suits..dia jer gatal ngan aku. Tak main lah…aku minat kat Siti NUrhaliza..

RERAMAI : PEGIIIDAHHHH..muka cam Bangla bawah jemabatan ada hati nak kat Siti…Boleh blah ler..

Naina : Alamak..bodoh ah korang ni..Tiket wayang belum beli..Patah balilkk…!!!

 

Begitualah terjemahan sembang sembang yang aku terdengar dan minta Kassim Bangla terjemahkan untuk aku…Ahaks…..

 

MORE PICTURES HERE http://adiejin.com/AlbumHOME/albumhome.html

October 3, 2008

Cemar Hari Raya

Hari Raya, 1 Syawal dimana lepas kita berpuasa sebulan, termasuklah selepas kita beli macam macam dipasar Ramadan dan selepas kita sibuk kehulu kehilir beli kuih raya dan tempah baju lip lap baru, maka tibalah Hari Raya. Dan kita pun sibuklah SMS teman teman dan sedara mara, kerana amat mudah sebab sekali taip lepas tu “send to all” maka kita ingat tertebuslah segala dosa dosi kita pada teman teman, termasuklah juga pada Steven Lim tukang pasang Astro sebab number si Steven pun ada dalam group yg kita send sms.

Tapi, layak ker kita ber ber Hari Raya ? Faham ker kita apa itu Hari Raya Idul Fitri. Kita dengar kat TV3, TV9 RTM, Radio Era, ramai yang sebut Minal ‘Aidin Wal Faizin. Faham ker apa maksud tu ? Sambil kepala kita terhangguk hangguk tengok CT ngan Mawi kat TV, sambil kita tersedu sedu dengar suara takbir, kita tengok tengok kitab usul atau hakiki dan buat penilaian tentang sambutan Hari Raya.

“Semoga kita termasuk (orang-orang) yang kembali (kepada fitrah) dan (mendapat) kemenangan” Maksud Minal Aidin Wal Faizin.

Maksud Fitrah pulak ialah, sesuatu yang Allah bagi kat kita manusia. Allah bagi yang semuanya pure, semuanya suci macam air dari atas gunung tu, Fresh. Macam oksigen yang masuk dalam paru paru ( tapi bukan macam yang aku campur ngan asap Paip..hampeh aku ). The purest of Gift to us Human..itulah lebih kurang kalau aku cakap london.

Jadi, yang aku nak cakap ni, kembalilah kita pada fitrah, dan sambutlah kemenangan kita pada Hari Raya. Lebih kurang macam tulah sebab aku bukan Ustaz, tapi aku kaji Hakiki dan buat usulan guna otak aku yang tak berapa Alim nih.

Masalah kita orang melayu, fitrah kita dah dicemar oleh budaya, busuk dengan benda benda yang Allah tak suruh buat, asuhan budaya dan peer pressure disekitar kita buat kita konfius dan akhirmya kecundang.

Kecundang apabila pada Hari Raya kita laki bini bergaduh masam masam muka sebab si Bini nak balik Selatan, si Laki nak balik Utara. Hancur sebab kita duduk dalam kereta berejam rejam dengan muka masam macam kera tak dapat belacan, sebab jalan Jam masa nak balik kampung. Punah sebab kita sanggup tenyeh credit card sampai maximum sebab nak beli bag tangan baru.

Fitrah kita ialah, rasa syukur kita apabila kita masih bernyawa, kita ada rumah, ada kereta ada ayah bonda. Kita sediakan makanan yang enak enak, kita makan anak beranak dengan pakaian yang bersih dipagi Raya. Kalau mampu kita pulang kerumah ibu bapa.( Mampu dalam erti kata menyeluruh, bukan terpaksa redah traffic jam 15 jam, bukan terpaksa pinjam wang sana sini untuk balik kampung, bukan terpaksa tipu majikan untuk dapat cuti lebih, bukan terpaksa kita lawan cakap laki sebab nak balik kampung). Kalau tak dapat persetujuan nak balik mana, kita laki bini duduk rumah kita, dan talipon ayah bonda minta maaf. Kita buat plan untuk ambil cuti bulan depan, kita balik kampung.Sebab itu yang lagi baik dari kita naik kereta, bini tengok kiri, laki tengok kanan, anak anak monyok kat belakang.

Fitrah juga ialah, apabila kita tenang di pagi raya, kita sedut udara bersih, kita gembira, kita usap kepala anak anak kita, kita sulam kasih sayang keluarga kita. Bukan kita terkocoh kocoh tambah stress sebab lepas makan nak kena pergi sana, lepas sana, nak pergi sini, lepas tu nak balik Ipoh, lepas Ipoh nak pergi Kuantan. Dalam 3 hari kita ada kat 3 Negeri. Itu bukan kembali ke Fitrah, itu tak berapa cerdik namanya. Sebab apa ? sebab kita tak paham. Kita rasa kita kena pergi jugak rumah Pakngah. Hari tu jugak kena pergi. Kalau tak pergi kita berdosa pada Pakngah. Memang ler bagus pergi rumah Pakngah, tapi dalam masa dok kehulu kehilir tu kita maki bini kita, kita herdik anak kita sebab lambat. Anak nak berak lah, anak muntah dalam kereta lah, Bini marah kita sebab sesat jalan lah. Macam macam.

“tulah Abang, dah berapa kali dah pegi rumah Pakngah, tak reti reti cari jalan…Busu tengah tunggu kita kat sana tuuu..” Moncong kita ada sebatu kot panjangnya. Semua tu sebab kita nak jugak sampai ker rumah Pakngah hari tuh jugak.

Zaman dulu tak perlah, Pakngah, Paklong, Paksu semua duduk dekat dekat dan kereta pun tak banyak lagi masa tuh. Jalan pun tak jam, tak stress, dalam pukul 12 tengahari, semua dah settle..Tenang dan gembira. Zaman sekarang, walaupun zaman Highway, kereta punyalah banyak sebab semua nak pagi raya tu jugak terkocoh kocoh kesana kemari.

Kan lagi baik kalau kita talipon Pakngah, suruh Makngah masak lemak cili api, minggu depan tu ker, hujung bulan tu ker, sambil bawak anak anak jalan, dapat duduk lama sikit rumah Pakngah. Boleh sembang puas puas, boleh gurau senda, boleh bantu apa yang patut, boleh repair basikal Pakngah. Walaupun Makngah jamu masak lemak ikan keli jer pun, kita puas, dan Makngah tersenyum riang kita tambah nasi.

Ini tidak, setahn sekali kita pergi rumah Pakngah pada hrai raya, minum sirap setengah gelas, jamah kuih raya seketul, tanya apa yang patut, terus angkat ponggong, cabut…lepas tanggungjawab konon. Kalau rumah Pakngah tak der lemang, kita bisik pulak kat rumah Paklong..

“pssssttt..Pakngah jamu biskut Marrie jer tahun ni…”

Kita tak menang pada Hari Raya kalau kita sibuk pergi open house sana sini. Bukan sebab kita memang nak berkunjung tapi sebab kita terpaksa…”Kena pergi lah rumah boss I, nanti dia kecik hati ( read as: nanti abang tak naik pangkat ) Lepas tu ikut abang pergi rumah Dato Mat, sebab hari tu abang ada buat proposal project Kat company dia…” Yang si bini ni pun terpaksa lah ikut walaupun itu dah rumah nombor 13 dia orang pergi hari tuh. “

“Malulah kita kalau tak buat open house banggg….semua orang kat office I buat tau….”

“Takkan nak jamu mee hun kering jer bang oi..Ni hari raya, bukan nak jamu Bangla…. I tak kira, I nak panggil caterer jugak..Lepas tu kita sewa khemah, baru lah open house namanya.”

Panjang pulak aku membebel, tak per, kita renung sama sama. Kalau tak memudaratkan hubungan suami isteri, kalau tak menambah hutang, kalau tak tambah stress kita, kalau tak menggoyangkan iman kita, kalau tak membebankan, selagi tidak derhaka pada Ayah Bonda, buat lah apa pun pada Hari Raya asal bukan Maksiat. Pergi lah mana pun kita nak pergi, Berjalan lah 5 hari 5 malam pun, tak pe.

Tapi kalau mencemarkan yang Fitrah, busuk pada Hakiki, terpesong pada yang nyata, baliklah pada apa yang Allah dan Rasul suruh. Iaitu sambut lah hari kemenangan kita dengan kembalinya kita kepada Addin dan penuhilah Syawal kita dengan mencari keberkatan dari Allah, mengeratkan hubungan suami isteri, memohon restu Ayah Bonda dan menceriakan anak anak serta banyakkan sedekah. Rendang ketupat, bunga api, kuih samprit, lontong, Mawi, AF6, TV3, NTV7, kasut Nike, kereta baru dan lain lain hanyalah sisipan budaya yang kalau tak kita hati hati boleh mencemarkan Idul Fitri….

 Salam Idul Fitri dari saya dan Isteri

 

 

September 24, 2008

That first sip

Remember the first time we bought our own cars or the first day at work after graduation or maybe even the first time we flew on an airplane ? If we were to describe those experiences, every single one of us will come out with a different story, recalling the memories explicitly, and making our own conclusion, our own very version of what we call an achievement.

Not long ago, my definition of an achievement is kinda vague and shameful. I thought if I drove a brand new car back home during hari raya, I achieved a milestone. I thought being able to spend a couple of hundred ringgits paying for a  meal at Hilton would put me on the ‘who’s who’ list of fame. And I thought if I fished out the latest 3G, wi-fi abled PDA phone in front of my friends and then pass out my new business card that printed my name in bold with a title like Chief Executve Something of Something Something Berhad is a depiction of my achievements.

But I was so way out of context and this year’s Ramadan experience, had thought me differently. What have we actually learned with the first sip of water at the call of Adzan ?

Achievement is all about refrain and to refrain is all that matters in the eyes of Allah. Why did Islam had as many refraining codes and rules in the Book when at the same time, we are tempted with all the pleasures that we could ever wanted. There is that can of coke in the fridge, or that new sofa at Ikea that we could always have. There is that new massage shop around that corner or that RM150 per hour karaoke room that we could pay for and be surrounded by cute 20 year olds and one could be sitting on our lap while our croaky voice making the not so impressive impression of Amy Search or Broery Marantika.

We could always buy another Baju Kurung that if bought would make us the envy of every Makciks in town. Jaya Jusco is giving out 70% discounts on branded handbags and we could afford half the store if we wanted to.

But then, as I learned from my first sip of water, the nikmat that dribbled down my dry thirsty throat, the rahmat that comes with a simple sip water, the pleasure of tasting and feeling that gift from Allah, priceless. And all that is lost if we fail to refrain ourselves. And that is what Ramadan is all about, a concept so simple but yet so difficult to grasp.

Selamat Raya folks.